Friday, 25 March 2011

KISAH TAULADAN


KERANA EPAL

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, 
tinggal seorang pemuda bernama
 Abu Salleh, yg berasal dari
 keturunan Imam Hasan r.a. 
Pada suatu hari ketika 
sedang leka bertafakur memikirkan 
kebesaran Allah SWT di tebing 
sebatang sungai, beliau 
ternampak gugusan buah epal 
yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. 
Menyedari keadaan dirinya yg sangat 
lapar kerana telah beberapa hari tidak
 menjamah makanan, tanpa berfikir
 panjang beliau pun mengambil sebiji 
epal dari sungai itu lalu dimakan.
Tiba-tiba timbullah rasa kesal 

dlm hatinya kerana menyedari
 bahawa beliau telah memakan
 epal tersebut tanpa izin tuannya. 
Lalu Abu Salleh berjalan menyusur 
sungai tersebut hinggalah beliau
 ternampak sebatang pohon epal 
yg lebat buahnya dan batangnya
 berjuntaian di tepi sungai tersebut. 
Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah
 pohon yg dicari, maka beliau pun
 segera menemui pemilik pohon epal
 berkenaan.
Tatkala melihat Abu Salleh memohon 
maaf hanya kerana termakan sebiji epal
 yg dihanyutkan oleh arus sungai, 
yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa
 Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. 
Pemilik pohon itu sebenarnya adalah
 seorang wali yg amat disegani di kawasan 
itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, 
dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu
 berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan 
syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya 
selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh
 pun bersetuju dgn syarat tersebut.
Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali
 lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh 
Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa
 lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju 
tetapi beliau mengenakan syarat baru
 kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia
 memaafkan Abu Salleh seandainya beliau 
menikahi puterinya, seorang yg digambarkan 
sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila
 memikirkan balasan yg bakal diterima 
di kemudian hari seandainya tidak memperoleh
 kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh 
redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.
Pada malam pernikahan tersebut, Abu
 Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi 
salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita 
yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh
 segera beredar menuju ke tempat Syeikh 
Abdullah kerana menyangkakan ada wanita 
lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar
tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum
 dan berkata:
“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu 
Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia 
tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, 
buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli 
kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan 
bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”
Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, 
hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian 
Allah SWT ke atas dirinya.
 Hasil dari perkahwinan 
pasangan yg solehah ini lahirlah seorang wali 
Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT,
 yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat 
dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.
Allahu a’lam bisshawab.

No comments:

Post a Comment