Tuesday, 29 March 2011

Jadual Exam terbaru

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN
 SEMESTER II SIDANG AKADEMIK 2010/2011.
Top of Form
NO. KP:
890309086306 

Nama:
 NORHASMIZA BINTI HADZRI 
No Matrik:
 103460
Ranc. Pengajian:
 SAINS KEMASYARAKATAN

TARIKH
KURSUS
HARI
MASA
JAM
18 April 2011
SAU319
ISNIN 
9.00 PAGI
3
18 April 2011
SKW122
ISNIN
2.15 PETANG
2
03 May 2011
STU242
SELASA
9.00 PAGI
3
04 May 2011
SAU305E
RABU
9.00 PAGI
3


Bottom of Form


Aduh.. sama jew.... dah la paper first... dua plak tu.. apa pun saya harap saya dapat buat yg terbaik.. Amin..

Friday, 25 March 2011

Kisah tentang Cinta,Kesedihan,Kegembiraan, Kecantikan dan Waktu

Cinta xsemua cinta itu sejati. Kadang-kadang kerana cinta kita 
kehilangan waktu yang berharga padahal, waktu
itulah yang sangat kita perlu hargai.. kerana tanpa waktu 
kita tidak akan merasa segalanya....
hari ni saya nak citer ttg Cinta dan waktu...


Di suatu pulau kecil ada seorang gadis bernama CINTA dan teman-temannya namanya
 kecantikan, kesedihan, kegembiraan, kekayaan, mereka hidup bersama
 dengan baik .Namun suatu ketika datang badai menghepas pulau kecil itu dan air 
laut tiba-tiba naik dan akan menggelamkan pulau itu.
Semua penghuni pulau cepat2 berusaha menyelamatkan diri,CINTA sangat 
kerisauan sebab ia tak dapat berenang dan tdk mempunyai prahu sendiri.
 Di tepi pantai dia mencuba mencari pertolongan ,smentara itu air smakin naik
 membasahi kakinya. Tak lama kemudian CINTA melihat Kekayaan sdang mengayuh 
perahu. " kekayaan!kekayaan! tolong aku!,' teriak CINTA"
Aduh! maaf, CINTA' kata kekayaan" aku tak dapat membawamu kerana 
perahuku ini akan tenggelam kerana banyak membawa harta,
 lagi pula tak ada tempat lagi bagimu.
CINTA sedih sekali. Namun kemudian dilihatnya Kegembiraan dgn perahunya " 
kegembiraan! tolong aku ! " teriak CINTA namun kegembiraan terlalu gembira karna ia 
menjumpai perahu sehingga ia tak dpt mendengar teriakan CINTA, air semakin
 tinggi dan CINTA smakin panik.
Tak Lama datang kecantikan. " Kecantikan! bawalah aku bersamamu!, 
" teriak CINTA lg " Wah, CINTA kamu basah dan kotor, aku tak mahu membawamu nanti
 kamu, kerana kamu akan mengotori perahuku yang indah ini " sahut kecantikan.
CINTA sdih skali lalu dia mlai menangis terisak-isak .
Saat itulah CINTA nampak kesedihan. " Oh Kesedihan, bawalah aku
 bersamamu!, " kata cinta " Maaf CINTA aku sedang sedih dan aku 
ingin sendirian saja, " kata kesedihan sambil terus mengayuh perahunya.
CINTA putus asa.Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya.
Pada saat ketakutan itulah tiba2 terdengar suatu suara
 "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" 
CINTA menoleh ke arah suara itu dan cepat2 naik keperahu itu, 
sebelum air menenggelamkannya di pulau itu. 
CINTA turun dan perahu  itu pergi ke suatu tempat .
Pada saat itu barulah CINTA sedar ia sama sekali tdk mengetahui siapa
 yang menolongnya.  CINTA segera bertanya kpd penduduk pulau itu " Yang tadi
 adalah WAKTU ," kata penduduk itu "Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku ? Aku tdk mengenalinya Bahkan teman2ku yg mengenaliku pun tidak menolong" Tanya CINTA kehairanan.  

 HANYA WAKTULAH YANG TAHU BERAPA NILAI SESUNGGUHNYA DARI CINTA ITU"


 



 

KISAH TAULADAN


KERANA EPAL

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, 
tinggal seorang pemuda bernama
 Abu Salleh, yg berasal dari
 keturunan Imam Hasan r.a. 
Pada suatu hari ketika 
sedang leka bertafakur memikirkan 
kebesaran Allah SWT di tebing 
sebatang sungai, beliau 
ternampak gugusan buah epal 
yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. 
Menyedari keadaan dirinya yg sangat 
lapar kerana telah beberapa hari tidak
 menjamah makanan, tanpa berfikir
 panjang beliau pun mengambil sebiji 
epal dari sungai itu lalu dimakan.
Tiba-tiba timbullah rasa kesal 

dlm hatinya kerana menyedari
 bahawa beliau telah memakan
 epal tersebut tanpa izin tuannya. 
Lalu Abu Salleh berjalan menyusur 
sungai tersebut hinggalah beliau
 ternampak sebatang pohon epal 
yg lebat buahnya dan batangnya
 berjuntaian di tepi sungai tersebut. 
Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah
 pohon yg dicari, maka beliau pun
 segera menemui pemilik pohon epal
 berkenaan.
Tatkala melihat Abu Salleh memohon 
maaf hanya kerana termakan sebiji epal
 yg dihanyutkan oleh arus sungai, 
yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa
 Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. 
Pemilik pohon itu sebenarnya adalah
 seorang wali yg amat disegani di kawasan 
itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, 
dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu
 berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan 
syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya 
selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh
 pun bersetuju dgn syarat tersebut.
Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali
 lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh 
Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa
 lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju 
tetapi beliau mengenakan syarat baru
 kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia
 memaafkan Abu Salleh seandainya beliau 
menikahi puterinya, seorang yg digambarkan 
sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila
 memikirkan balasan yg bakal diterima 
di kemudian hari seandainya tidak memperoleh
 kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh 
redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.
Pada malam pernikahan tersebut, Abu
 Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi 
salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita 
yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh
 segera beredar menuju ke tempat Syeikh 
Abdullah kerana menyangkakan ada wanita 
lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar
tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum
 dan berkata:
“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu 
Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia 
tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, 
buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli 
kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan 
bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”
Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, 
hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian 
Allah SWT ke atas dirinya.
 Hasil dari perkahwinan 
pasangan yg solehah ini lahirlah seorang wali 
Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT,
 yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat 
dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.
Allahu a’lam bisshawab.

Thursday, 17 March 2011

Kasih tiada berbelah bagi...

Assalamualaikum pemula bicara... dah lame rasenya tak tulis blog ni.. maklumla.... sebuk berjalan aje... hahaha... bukan sebuk kerja.. padahal kerja tu berlambak. hehe.. buat2 xtau keje tu bnyak.. nt da nak htr bru nak serabut kepala..

saya nak citer tntg sppu saya. diaorang ni sgt baik dgn saya. nama dia abg on dan kak yong. bru2 ni time besday.. saya g umah depa. nak dijadikan cerita depa ni tak kedekut lgsg nak kluar duit depa. nak pe ja.. amik... xyah bayar.. mc ni la hdup.. sonok..!! pastu bawak lak jln2 merata.. saya mmg asyik berjalan je.. xduk pun umah.. aiesss.... time ni... mmg xigt da keja... hehe..

tapi saya mc bersalah gak, bnyk kot duit depa abis... rasa2nya dalam dua or tiga ratus kot.. rasa ksian pun da tp nak buat mc na.. saya nak bayar xbg. tiket bas nak blik pun support lg.. aduh.. tu lg la... bukan tu ja.. da nak blik, bg lak duit belanja... mereka ckp "nah ambik duit ni, hg blaja lg.. bnja guna duit ni" huhuhu... dipelihara mc anak sendiri lak... itu lah namanya kasih tiada belah bg. saya mendoakan mereka sentiasa murah rezeki!! saya sayang mereka seperti kuarga saya....


peringatan: bulan 5 ni klu ade masa along dtg lagi ye.. pasni nak bawa jln2 kat tempat lain lak.. itulah pesanan mereka kepada saya.. thanks abg on n kak yong....

Sunday, 6 March 2011

koleksi cerita


Hadiah Perpisahan Guru Besar

Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang 
pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, 
dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula."

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik 
kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah champagne?" ia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"


Didie yang Insaf

Kerana sudah berasa insaf, Didie pergi ke sebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Didie. Didie tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma itu juga. Didie menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik di belakang Didie kembali menepuk bahunya dan Didie mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".



Hadiah Cincin permata

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah hari jadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin permata yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."



Kisah Mat Rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?

Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?

Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?

Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...

Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

http://gelihati.blogspot.com/

Cerita tentang JoDOh.....


Kadang-kadang kita tidak tahu kenapa seseorang itu boleh melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Namun, apabila melihat begitu indahnya kehidupan insan yang dipertemukan ‘jodoh’ mereka dengan seseorang yang tidak dijangka adalah sesuatu yang cukup ‘menarik’ untuk diperkatakan.

Tidak seperti seorang individu bernama Along yang begitu memilih soal pasangan hidupnya sehingga ayahnya Pak Abu menegurnya.

“Eh! Abah ni..Tak pasal-pasallah kenalkan Along dengan si Mamat tu. Abah tak nampak ke si Mamat Pendek tu kulit hitam legam, hidung besar, mata sepet, tak handsome langsung! Abah rela ke…Cucu abah nanti…”

Pak Abu memotong ayat si Along: “Dah la tu, kalau tak nak, tak payah nak keji orang, tak guna pergi belajar tinggi-tinggi tapi tak pandai berbudi bahasa.”

Lemah-longlai tubuh badan Along mendengar hujah balas Abahnya. Dia rasa malu kerana berlebih-lebihan mengata orang. Mungkin sebab itulah dia lambat dapat jodoh, terlalu sombong dan tak boleh kawal lidah lasernya itu. Sebab dia mampu beli apa saja, buat apa saja dengan pangkat dan duitnya. Hanya satu yang Tuhan tak izin iaitu jodoh.

Allah Taala Yang Maha Sempurna mahu menunjukkan kepada manusia bahawa mereka memiliki kelemahan-kelemahan di samping kelebihan yang diberikan. Supaya kita jangan bertingkah sombong dengan apa yang kita miliki.

Ada yang berkahwin tapi tak ada anak, ada yang beranak tapi duit tak cukup, ada yang berkahwin tapi suami memisahkan dia jauh dari emak dan abahnya. Ada juga yang beristeri tapi tak bahagia kerana dikongkong sentiasa.

Ragam manusia yang serba kekurangan. Oleh itu mereka mesti berlindung kepada Allah, mengharap rahmat-Nya, menyerah diri pada Kuasa-Nya.

Mungkin kita boleh mengambil iktibar dari kisah “pengajaran dari satu penampar” untuk renungan bersama.

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.

Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya. Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak Imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya’Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan. Pertama, kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?

Kedua, apakah yang dinamakan Takdir dan ketiga, kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat. Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa Pak Imam marah kepada saya?

Pak Imam: Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda: Saya amat tidak faham…??

Pak Imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih…!!

Pak Imam: Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya….!

Pak Imam: Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda: Tak boleh Pak Imam…!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak….!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak….!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini dibuat?

Pemuda : Kulit dan daging…!!!

Pak Imam: Terbuat dari apakah pipi awak itu…?

Pemuda: Kulit dan daging….!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit dan pedih….!!!?

Pak Imam : Itulah…! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan…. walaupun sama unsur asalnya…!!

Pemuda: Allahuakbar!

Islam tetap dijulang walaupun ia ditentang…..itulah janji Allah.

Tidak ada lagi ‘persoalan’ dan persepsi yang perlu dijawab dan bermain – main difikiran kita. Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.

Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan.

Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.”

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…